ZAHID KE SARAWAK MEMANTAPKAN KEYAKINAN RAKYAT

photo 1 photo 2

 

 

Kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru- baru ini ke Sarawak telah di sambut oleh Ketua Menteri di kediamannya Damai Jaya. Tan Sri Adenan Satem dan  isteri Puan Sri Jamilah Anu turut di sertai oleh Datuk Dr Juanda Jaya yang memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis.

Semasa berucap di suatu Majlis Perhimpunan Raya di Stadium Tertutup Sarawak, Ketua Menteri berkata bahawa Sarawak akan sentiasa berdiri teguh bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sarawak beruntung kerana 7 anak Sarawak telah di lantik sebagai Menteri penuh dan banyak lagi sebagai Timbalan Menteri di dalam kabinetnya. Banyak projek berbentuk pembangunan serta infrastruktur telah di bawa ke Sarawak.

Sememangnya kehadiran YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri sangat tepat pada masanya. Ini dapat di lihat pada malam Perhimpunan bersama penjawat awam yang telah memenenuhi ruang di Stadium Tertutup . Karisma serta Tokoh Kepimpinan Zahid jelas terlihat apabila beramah mesra bukan sahaja dengan ahli politik bahkan dengan penjawat awam yang kelihatan seperti seorang kenalan lama.

Kesimpulannya, rakyat masih yakin dengan pemerintahan Kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Rakyat Sarawak kini lebih matang dan lebih pentingkan pembangunan dan kemudahan infrastruktur dan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri telah menunaikan janji serta menunjukkan bukti bahawa Rakyat di Sarawak juga di utamakan.