PELANCARAN TABUNG PRIHATIN PERKIM TEPAT PADA MASANYA

photo 1

 

Menginsafi akan kesusahan segelintir masyarakat seperti golongan gelandangan yang tiada makanan serta penginapan, anak -anak yatim terbiar, golongan fakir, saudara baru islam  serta musafir yang kesulitan. Menyedari juga hakikat bahawa tabiat pembaziran di kala mengadakan Majlis -majlis sambutan contohnya Majlis Berbuka Puasa , Majlis Sambutan Raya serta juga majlis majlis yang lain yang berskala besar.

Maka PERKIM MALAYSIA telah menyiapkan sebuah mekanisma untuk membantu dalam bentuk TABUNG PERIHATIN PERKIM. Tabung ini akan menjadi pusat penyelaras (clearinghouse) untuk memenuhi keperluan permintaan makanan dan lain lain lagi kepada golongan yang kurang bernasib baik ini.

“Matlamat Tabung ini adalah supaya kemewahan ekonomi yang tertumpu di kawasan Lembah Kelang akan dapat di agihkan dan di rasai oleh golongan daif yang tinggal di Kampung dan kawasan pendalaman. “

Penyumbang utama kepada tabung ini adalah penduduk Lembah Kelang yang terdiri daripada golongan dermawan daripada sektor korporat dan syarikat swasta, badan badan GLC, Pemimpin Masyarakat dan lain lain lagi.  Sumbangan boleh diterima dalam bentuk tunai atau juga dalam bentuk barangan.

INISIATIF KREATIF

Dalam perbualan antara pemberita dengan Setiausaha Agung PERKIM Malaysia, Tan Sri Dato Dr Mohd Yusof Nor di pejabat beliau kelmarin, usaha ini adalah penting dan bertepatan pada masanya untuk mengimbangi ekologi ekonomi dalam masyarakat setempat.

Cadangan yang di ajukan oleh beliau  adalah untuk mengenakan sedikit potongan kepada Majlis Majlis Keraian yang berbelanja besar dan yang mungkin akan mengundang sedikit pembaziran. Pemotongan dalam bentuk minima beberapa peratus ini tidaklah akan membebankan penganjur malahan sumbangan ini mampu memberi keberkatan kepada Majlis yang di anjurkan dan mampu mengelakkan pembaziran. Secara tersiratnya , wang yang di sumbang ini mungkin juga akan di zahirkan dalam bentuk makanan dan akan di sajikan kepada golongan -golongan yang lebih memerlukan .

Sesungguhnya , ini merupakan idea yang bernas , nawaitu yang mulia dari PERKIM,malahan ianya memberi ruang dan peluang kepada penganjur untuk menyumbang dalam bentuk pengorbanan kos dari perbelanjaan yang sepatutnya. Usaha ini perlu di sokong oleh semua.

Lebih daripada itu, PERKIM juga mempunyai cawangan-cawangan di negeri-negeri di seluruh negara yang mampu memberi bantuan segera tanpa karenah “birokasi”. Pejabat -pejabat PERKIM  akan menyediakan “BANK MAKANAN” seperti stok Beras, sardin, biskut, kopi dan Teh untuk di berikan kepada fakir -fakir miskin dan mereka yang memerlukan seperti golongan gelandangan,penganngur yang di berhentikan kerja atau muflis yang kesusahan.

Bagi merealisasikan usaha ini, malahan menjamin ketelusan serta keberkesanan TABUNG  ini, PERKIM MALAYSIA telah melantik sebuah Jawatankuasa Khas kutipan dan agihan yang terdiri daripada tokoh -tokoh PERKIM seperti Datuk Zainal Abidin Kadir (Pengerusi), Datuk Haji Nakhaie Ahmad (Pengerusi PERKIM Wilayah Persekutuan) Tan Sri Dr Muhammad Rais Abdul Karim (Bendahari), Datuk Dr Ismail Ibrahim ( Mantan Ketua Pengarah IKIM), datuk Yidris Abdullah, serta Mufti Wilayah Persekutuan Sahibul Samahah Dr Zulkifli Al Bakri. Tabung ini juga akan di pantau oleh pasukan juruaudit yang akan menyediakan laporan setiap tahun. Penyumbang adalah dialu- alukan memberi sumbangan melaui Akaun  PERKIM di Affin Bank ( 1050-2000-2899 Tabung Kebajikan Tunku)