HALAQAH BICARA INTELEK (HBI) IDEA KECEMERLANGAN UIM

photo 1      Unknown-1 photo 4

Cyberjaya 18 Ogos 2015, jemputan oleh pihak Universiti Islam Malaysia (UIM) benar-benar saya hargai. Saya masih ingat lagi beberapa tahun yang lepas di mana kami turut bersama di panggil untuk berkongsi sebuah idea mewujudkan  Universiti yang di miliki oleh Raja -Raja Melayu. Pada ketika itu ianya di ilhamkan sebagai Universiti Islam Diraja. Saya sudah merasakan sesuatu yang positif pasti akan lahir dari cetusan idea ini. Tambahan lagi idea ini telah di berikan pengertian dan gambaran yang intelektual oleh Tokoh yang saya amat hormati iaitu Tan Sri Prof.Dr Mohd Yusof Noor.

Maka pada 18 Februari 2014, UIM telah berjaya menganjurkan Siri Perbincangan Ilmu yang di beri nama HALAQAH BICARA INTELEK (HBI). Perbincangan ilmu ini bertujuan untuk menyuburkan minda dengan diversiti ilmu tanpa sempadan sebagai salah satu usaha mencari kebesaran dan kekuatan di sebalik “Wisdom” yang sukar di perolehi dalam kegawatan kehidupan masyarakat dunia pada zaman kemajuan Industri (Industrial Renaissance)kini. Ia juga memberi ruang kepada para ilmuwan untuk menzahirkan keprihatinan mereka tentang kelestarian kehidupan yang memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap ilmu yang akan menentukan kualiti kehidupan. Dari maklumat yang saya terima pihak UIM telah sampai ke siri yang ke 12.

 

photo 2     photo 3

Apa yang membezakan antara HBI dan siri dialog atau forum forum yang lain ialah penerapan konsep “Voice Of Wisdom” . Dalam intepretasi dan pemahaman saya Wisdom ialah Kematangan+Kebijaksanaan + Kesederhanaan. Ianya perlu di cari dan di kaji. Saya petik apa yang di katakan oleh Presiden Universiti Islam Malaysia, Tan Sri Prof, Dr Mohd Yusof Noor bahawa suatu pendekatan yang sistematik amat di perlukan bagi membentuk “Wisdom” ini sebagai suatu Kemahiran. Beliau berpendapat Universiti Islam Malaysia (UIM)  adalah sebuah institusi yang bertepatan untuk memperkenalkan era baru dalam pendidikan “Applied Wisdom” di mana ianya mampu menyumbang ke arah usaha-usaha kestabilan dan melahirkan keamanan sejagat.

 

photo 4 photo 2

Pada 18 Ogos yang lalu saya hadir pada satu sessi Halaqah Bicara Intelek siri yang ke 13 dan Tetamu Khas ( di UIM ianya di panggil Amir atau Amirah Halaqah) ialah Prof. Dr Muhaya Mohamad.  Beliau bercakap mengenai topik Transformasi Diri , dari Perspektif Pakar Mata.

Saya amat teruja dengan Bicara Intelek beliau dan saya ingin berkongsi sedikit mengenai latarbelakang beliau yang cemerlang ini. Prof Dr Muhaya Mohamad mengikuti pendidikan di UKM pada tahun 1979 hingga 1985, semasa di UKM, beliau merupakan pelajar wanita Malaysia pertama memenangi anugerah Toh Puan Rahah atas kecemerlangannya dari segi sahsiah dan akademik. Pada tahun 1991, beliau lulus sarjana Surgery Oftalmologi di Ukm dan di iktiraf sebagai pakar mata. Selanjutnya beliau membuat fellowship dalam bidang Uveiteis di Moorfields Eye Hospital, United Kingdom dan menjadi pakar wanita pertama membuat pengkhususan dalam bidang tersebut. Selepas menamatkan PhD dalam bidang Ocular Immunology dari University Of London, Dr Muhaya diiktiraf sebagai wanita islam pertama mendapat ahli Fellow Royal College Of Surgeons (FRCS) Edinburgh di Malaysia.

Saya puji usahanya untuk mengubah minda masyarakat melalui beberapa rancangan bual bicara antaranya, Dari Mata ke Hati, Reset Minda(2013), Celik Hati (2014) dan Kanta Prof. Muhaya (2014) Berikut adalah beberapa kata-kata hikmah yang di kongsikannya:

“Lihat apa yang kita fokus pada hari ini. Kesyukuran atau Kesukaran. Ia menentukan kualiti hidup kita hari ini”

photo 1

 

( Editor: Sememangnya Halaqah Bicara Intelek  ( HBI) bukan sahaja punyai WOW factor malahan ianya turut ada VOW -Voice Of Wisdom )