KOMPLOT: KERAJAAN NAK DI GULING ,TAPI LIM KIT SIANG YANG MELENTING.

IMG_6678

Selepas ucapan YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan cubaan menguling kerajaan oleh sesetengah pihak melalui cara pintu belakang (Back Door) pelbagai reaksi telah di terima . Buat mereka yang jarang mengikuti perkembangan, mereka terus menuding jari kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin bekas Timbalan Perdana Menteri. Ini telah di perkuatkan lagi apabila Zahid menyebut orang yang mendalangi usaha tersebut merupakan pemimpin UMNO. Semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang, Zahid memberitahu beliau tahu siapa dalang kepada usaha -usaha untuk menjatuhkan Kerajaan melalui “Statutory Declaration” yang bakal di tandatangani oleh Ahli ahli Parlimen nanti tetapi beliau tidak akan menyebut namanya dan yakin perkara ini akan terdedah dengan sendirinya.

KIT SIANG MELOMPAT

Namun begitu, dalam tercari-cari jawapan kepada teka teki di atas, tiba -tiba Pembangkang Lim Kit Siang mula bersuara dan menegaskan bahawa ianya adalah bukan satu kesalahan Jenayah dan Statutory Declaration merupakan satu proses demokrasi  dalam Parlimen. Beliau turut mengambarkan seolah-olah Dato Seri Zahid selaku  Menteri Dalam Negeri telah menganggap bahawa Pemimpin dalam UMNO yang di tuduh itu telah melakukan satu kesalahan jenayah dan tindakan menjatuhkan Perdana Menteri adalah dalam perimeter undang -undang dan tidak bersabit kepada seksyen 124B (Penal Code).

Persoalannya ialah, mengapa Lim Kit Siang bersungguh -sungguh mempertahankan isu ini? Adakah beliau tahu sesuatu dan telah merancangkan sesuatu? Adakah Individu dalam UMNO itu telah mendapatkan nasihat dan menagih sokongan dari parti DAP juga?

ZAHID SEKADAR MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

Selaku seorang Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab dan ianya tertakluk di bawah bidang kuasanya untuk menyekat mana -mana gerakan subversif atau konspirasi jahat untuk mengulingkan Kerajaan yang sah kerana ianya mungkin dapat mengancam dan menganggu keamanan negara.

“Kita perlu beringat dan ambil langkah proaktif seandainya usaha -usaha menjatuhkan Kerajaan ini akan sampai ke tahap yang membawa keganasan. Pihak ke 3 yang berkepentingan akan mengambil peluang dan memanipulasi keadaan dengan menimbulkan pelbagai aktiviti keganasan yang bakal melihatkan pertumpahan darah. Ini adalah tidak mustahil memandangkan faktor-faktor luaran yang kurang senang dengan pencapaian negara. “

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu pelihara keamanan yang kita sedang kecapi selama ini dan perlu berterima kasih kepada usaha pihak keselamatan terutamanya PDRM yang berjaya menghidu usaha “jijik ” ini dan berharap agar ianya dapat di bendung dengan segera. Di Malaysia kita ditadbir dengan Demokrasi, jika anda inginkan sesuatu gunakkan Hak anda untuk mengundi menjelang PILIHANRAYA UMUM kelak.

AKU SEORANG PATRIOT..